A new year
Posted Saturday 4 January 2014 // 21:23
What people say won't affect my love towards you .

Assalamualaikum all .

*blog ini dah lama tak update*

As you all know , sekarang ni tahun 2014 . Saya pasti ramai yg tertulis "2013" pada buku nota atau latihan kan kan ? Mengaku je la . Kerana sesungguhnya anda lebih baik dari saya yg tertulis "2013" dan tingkatan "2" pada PBS saya . Eh eh , malu la saya . Slap myself . Well , mesti ramai yg terfikir pasal apa yg azam yg thepatutnya anda tanamkan kat laman belakang rumah di dalam hati spy lebih baik dari tahun yang sudah . Apa apapun azam korang , saya harapkan semoga kamu dpt mencapainya :)

Hari pertama sekolah macam takda perubahan kecuali kelas yg terpindah ke sebelah jalan raya . Yg paling havoc sekali bila baru sampai depan kelas , terus kena cop sbg pembaca ikrar untuk perhimpunan rasmi bagi tahun ini . Kengkawan tak ramai yg berubah kecuali ketinggian la dan aku still fendek the pebolous . Ramai cikgu yg baru mengajar kelas kitorang . Tapi en , scene paling tragik pada haritu ialah apabila aku disalah fahami oleh cikgu yg pernah menyalah fahami aku pada suatu hari dulu di kala tengahari matahari terik . Kali ni pulak disalah sangka melepak di luar kelas tatkala waktu rehat tamat telah the end . Yg sebenornya jadi pada waktu rehat ialah aku telah pergi ke koperasi untuk membeli air tetapi cikgu telah meminta bantuan kepadakunya adoi untuk menolong meletak mebuku mecikgu kat bilik guru . Well , sbg pelajar kena la tolong kan lebih lebih lagi kalau guru tersebut mengajar kita . Bukan bermakna guru yg tak mengajar kita , kita takyah tolong eh . Setelah selesai , aku  kembali ke koperasi dan dapati keadaan sgt sesak dgn lelaki yg sebok berjalan jalan tanpa tujuan . Nak pergi tempat minuman pun susah . And then bila dah sampai , tanpa ku sedari air dah habis ... *bunyi cengkerik bersaiz XL* Nak dijadikan cerita , dlm perjalanan ke kelas , aku lalu tepi classmates aku yg lepas luar kelas lepas waktu rehat . Lepastu dorang nmpk cikgu subjek seterusnya dtg ke kelas kami lalu mereka bertermpiaran sambil berkata, "Weh cikgu weh!!" . Aku pun lari la jugak sbb nampak cikgu . Bila cikgu masuk kelas , cikgu tgk aku , lantas mulut cikgu yg ada misai itu bergerak mengatakan, "Semua duduk kecuali yg cikgu nampak lelaki kat luar tadi" . Aku berdiri je la jujur . Cikgu mai pi kat aku, cikgu ckp "Kenapa kau dok luar tadi? Best lepak?" Kebetulan betul pada tengahari tu cikgu ckp kat kitorang pengawas yg kalau cikgu nampak pelajar masih rehat lepas habis waktu rehat , pengawas akan disalahkan . Aku cuba menerangkan pada cikgu tentang apa yg terjadi , tapi sepertinya cikgu tak berminat ... Takpala , saya minta maaf cikgu kerana mengecewakan cikgu ... Tak sangka saya ni bermasalah disiplin selama ini ... Baru sedar kot ...

Apa CITA hari pertama korang kat sekolah ? Bai
http://blackwhite.blogspot.com/